Categories

Lesson 6

Blog Archive

Follower

Statistik

Get Gifs at CodemySpace.com

Polisi Umum Pada Masa Pemerintahan Bani Umayyah



            Perluasan wilayah berjalan dengan cepat.  Seluruh wilayah Afrika Utara, sebelah barat Mesir diduduki.   Pada tahun 91 H / 710 M, pasukan tentera Islam menyeberangi Selat Gibraltar dan memasuki Sepanyol dan kemudiannya menyeberangi Pyrenees nda menyerang Caroligian Perancis.  Di sebelah timur pula, buat kali pertamanya, Islam masuk ke bumi India.29

            Oleh kerana terlalu sibuk mengurus negara, urusan keagamaan mula dilepaskan dari tugas kekhalifahan, sehinggalah seorang khalifah tidak lagi perlu memiliki kepakaran dalam bidang hukum agama ataupun fukaha.   Ini berbeza dengan zaman pemerintahan Rasulullah SAW dan Khulafur Rasyidin, di mana  kuasa keagamaan dan  kuasa politik berada dalam satu tangan.  Bermula dari pemerintahan Bani Umayyah, kedua-dua kuasa itu terpisah dan dipegang oleh dua orang yang berlainan.  Urusan agama diserahkan kepada para ulama yang menguasai ketentuan-ketentuan agama (fikih), manakala urusan politik pula diserahkan kepada para pemimpin (umara).


            Walaupun demikian, sebagai suatu pemerintahan di negara Islam, pemerintah masih lagi memerlukan ulama, sama ada sebagai penasihat ataupun sebagai hakim.  Pada masa pemerintahan Bani Umaayyah, pusat penyelenggaraan pentadbiran berada di Damaskus, manakala kegiatan para ulama yang pakar dalam hukum agama berada di Madinah.   Untuk memenuhi keperluan pemimpin-pemimpin yang tidak mahir dalam hukum agama, para ulama membentuk kerangka hukum di daerah masing-masing, seperti yang terdapat di Madinah, Mekah dan Kufah.30

            Bermula dari pemerintahan Bani Umayyah, banyak buku-buku ditulis oleh para fukaha, ahli-ahli sufi dan ahli-ahli falsafah yang menunjukkan perkembangan peradaban Islam.  Buku-buku yang ditulis itu sebenarnya bersifat menyeluruh dan tidak membicarakan secara khusus tentang sistem ekonomi.   Dengan mengasingkan bahagian-bahagian yang berkaitan dengan sistem ekonomi, kita dapat mengatakan pembentuk dasar pertama pemikiran ekonomi ialah para fukaha (ahli hukum), kemudiannya para sufi dan akhirnya ahli-ahli falsafah.  Pada mulanya, corak pemikiran mereka berasal dari orang yang berbeza, tetapi di kemudian hari, semua pakar-pakar harus mempunyai asas   pengetahuan dari ketiga-tiga disiplin itu.

            Menurut Dr. Muh. Zuhri, kitab al-Muwattha ialah kitab fikih tertua yang pernah ditemui sesudah Al-Quran, dan boleh juga disebut kitab hadis.    Kitab ini menggunakan kaedah sanad, sekaligus sebuah kitab hadis yang menggunakan sistem fikih.   Ramai penulis sejarah hadis membuat kesimpulan yang     Sunnah pertama kalinya dibukukan  apabila Khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a mengatakan kepentingan perkara itu kepada Ibnu Syihab az-Zuhri.31

0 komentar:

Posting Komentar